Saturday, 28 February 2009
kecil >>> BESAR
sesekali membuatkan chit-chit rasa nk jadi makhluk yg lebih besar..
biar yg kecil akan takut...
biar chit-chit jadi kuat...
HAHAHAHAHHAAAAAA......(dgn nada gelak jahat)
PROMOSI CUP CAKE
Pengalaman...
Kerana pengalaman tak mungkin berulang kali kedua..
Mahupun kadangkala ia serupa tetapi pasti ada beza..
Jangan takut untuk menghadapi masa depan hanya kerana takut dengan pengalaman..
Jadilah seorang insan yang kuat untuk menempuhi pengalaman..
Pengalaman adalah hadiah yang indah walaupun ada antaranya pahit untuk ditelan...
Friday, 27 February 2009
Cinta Adam dan Hawa - Misha Omar-
Cinta adam dan hawa
Terbit di syurga terang di jiwa
Menggerakkan nurani
Mencari kasih suci
Sehingga kita yg tertinggal saling damba
Sentiasa rasa sunyi bersendiri
Mana dia kekasih hati
Mana dia pujaanku yang sejati
Dengarlah bisikan asmaraku
(Korus)
Cinta Adam dan Hawa
Satu bersama satu terpisah
Buat diriku tertanya-tanya
Cinta Adam dan Hawa
Satu harapan, satu sandaran
Buat diriku rindukan dia
Mana dia kekasih hati
Mana dia pujaanku yang sejati
Dengarlah bisikan asmaraku…
Cinta Adam dan Hawa
Satu bersama satu terpisah
Buat diriku tertanya-tanya
Kau yang aku puja
Kau yg aku cinta.. oh..
Kasihku di Firdausi
Cinta Adam dan Hawa
Terbit di syurga terang di jiwa
Menjadi saksi impian murni
Thursday, 19 February 2009
Fungsi Otak Kiri
Otak kita ada dua bahagian, otak kiri dan otak kanan. Otak kiri mengawal bahagian kanan badan manakala otak kanan pula mengawal bahagian kiri badan. Jika Anda nak memahami apa fungsi otak kiri, ia mengawal segala apa yang berkaitan dengan logik.
Antaranya seperti:
- Mengingati ilmu, pengetahuan atau maklumat
- Menyimpan data dan fakta
- Menganalisis
- Memahami logik, bahasa dan matematik
Orang yang meminati angka, nombor, suka subjek perakaunan, pengurusan wang atau meminati hal-hal teknikal komputer, dia tergolong sebagai orang yang banyak menggunakan otak kiri. Penganalisa data juga adalah orang banyak menggunakan otak kiri.
Untuk nak berjaya, Anda perlu menggunakan kedua-dua fungsi otak kanan dan otak kiri. Jika Anda terus menerus menjadi orang yang banyak menggunakan otak kiri, pencapaian Anda statik.
"Haaa...tikusz minat hal-hal teknikal komputer...tp subjek perakunan mcm x berapa sgt..pengrusan wang pun mcm kureng sikit..hehehhe...
Alhamdulillah sbb ciri-ciri yg dinyatakan ttg otak kanan dan otak kiri ada pada tikusz dan maknanya otak kiridan kanan tikusz masih berfungsi..Alhamdulillah...syukur pada kurniaan ALLAH..AMIN.."
Fungsi Otak Kanan
Otak kanan berfungsi mengawal segala apa yang berkaitan dengan hal-hal kreatif. Jika Anda berjumpa dengan seorang yang pada pandangan Anda amat kreatif, orang itu sebenarnya lebih banyak menggunakan otak kanan. Fungsi otak kanan berkaitan dengan:
- Imaginasi
- Berfikir secara kreatif
- Irama
- Khayalan
- Emosi
- Ilham
- Intuisi (gerak hati)
- Warna
- Muzik
- Apa saja aktiviti-aktiviti kreatif.
Orang-orang berjaya adalah orang-orang yang kreatif. Mereka membangunkan potensi otak kanan, dalam masa yang sama tak mengabaikan peranan otak kiri. Pendek kata, mereka menggabungkan fungsi otak kiri dan otak kanan semaksimum mungkin untuk membolehkan mereka mencapai kejayaan.
Mereka melakukannya lebih dari yang biasa. Kesannya, mereka menjadi pendahulu dalam bidang masing-masing, walaupun ada orang yang sama potensi dengan mereka dalam bidang serupa.
Jadi, jika Anda menyedari apa bakat Anda dan apa kebolehan Anda, usah berhenti menggilap potensinya. Usahalah dengan bersungguh-sungguh. Push to the limit.macam ada kena mengena dgn tikusz nih...sbb suka berkhayal...chit-chit..!!
Tuesday, 17 February 2009
YESTERDAY - Paul McCartney
Now it looks as though there here to stay, oh I believe in yesterday
Suddenly, I’m not half the man I use to be
There’s a shadow hangin over me, oh yesterday, came suddenly
Why she had to go I don’t know, she wouldn’t say
I said nothing’s wrong but I long for yesterday ...
Yesterday, life was such an easy game to play
Now I need a place to hide away, oh yesterday, came suddenly
Why she had to go I don’t know she wouldn’t say
I said nothing’s wrong how I long for yesterday ... hold
Yesterday, life was such an easy game to play
Now I need a place to hide away, oh I believe, in yesterday .
"Lagu ini pernah AIZAT AF5 nyanyi semasa konsert akhir AF5...yang dituju khas utk AZNIL...
Lagu yang mempunyai maksud yang mendalam...FAhami & hayatinya...
Tikusz like this song..."
Monday, 16 February 2009
Bertenang Lebih Baik Daripada Tertekan...
Bila stress, fikiran menjadi buntu, bingung dan keliru. Anda takkan tahu apa yang perlu di lakukan.
Kesannya, Anda cenderung melakukan kesilapan, lebih teruk lagi, melakukan kesalahan yang Anda kesali seumur hidup.
Bagaimana nak bertenang? Anda hanya perlu mengawal nafas lalu lupakan apa yang membuat Anda tertekan. Masalah kebanyakan orang, mereka tak mahu melupakan seketika apa yang membuat mereka tertekan.
Kita perlu buat muhasabah diri. Kita asyik tertekan sebab kita ada rasa marah dalam diri, ada something yang kita puas hati, maybe sebab kewangan, keluarga atau benda di tempat kerja yang membuat kita geram sendiri.
Kita perlu sentiasa istighfar dan maafkan orang lain, situasi, benda, perkara serta diri sendiri. Memaafkan diri sendiri dapat membuang rasa marah, selepas tu membuang rasa tertekan, membuat kita ‘immune’ dari stress.
Stress boleh dielak bila kita tahu caranya. Paling asas adalah dengan melatih diri supaya bertenang. Kalau boleh, biarkan rasa tenang tu wujud dari pagi hingga ke malam hari.
Hidup lebih lancar bila kita tenang, relaks, be in control. Orang-orang yang berjaya dalam pelajaran, kerjaya dan bisnes adalah mereka yang melatih diri untuk sentiasa bertenang kerana mereka tahu, rasa tertekan hanya akan menahan diri mereka dari mencapai kejayaan.
Tikusz kadang-kadang pun ada masa terlupa nak bertenang..tp kawan-kawan tikusz ramai yang baik-baik..mereka akan tolong ingatkan tikusz.terima kasih kawan-kawan..tikusz love kawan-kawan...CHIT--CHIT--CHIT!!
Sunday, 15 February 2009
food as medicine..(makanan sbagai penawar@ubat)
Yang ini tips dalam bahasa inggeris..
Tentang makanan sebagai penawar@ubat
Translate sendiri yer.... "
|
SATU JALAN SATU PEGANGAN -slam-
Dalam hidangan bertemu jua
Pasti yang tersurat
Terbukti akhirnya
Asalnya bayang dari cahaya
Ada bayang zahirnya kita
Ada segala asalnya dia
Hmmmm... dialah cinta
Kasihnya kita bina selamanya
Bersaksi... nafas
Diam terhenti
Kasihnya kita misteri, misteri
Nampak berbeza
Hakikatnya serupa
Kau dan aku rela merasai
Pahit manis cinta di duniawi
Hidup mati jodoh dan pertemuan
Satu jalan dan satu pegangan
Takdirnya... Tuhan... menentukan
Kita diajar mengenal satu
Yang kunyanyikan sejak dulu
Diruang azali dan ini
Tetap bersatu oh... oh...
Sindiran dan cacian tak tertepis
Bagai angin yang datang
Tergoncangkah imanmu kerna cinta
Yang terpancar cahaya pasti nyata
Kekal abadi... ke syurga...
Monday, 9 February 2009
KURNIA - SLAM
Terlukis hakikat insani
Dari cinta lautan jiwa
Satu pengzahiran rasa jelas di mata
Satu lakunan di pentas dunia
Ini kisah yang tidak berbingkai
Dan bahasa yang ternilai
Kita renangi bersama lautan nikmat
Sampai ke pulau segala keramat
( korus )
Ayuhlah kita pulang
Dendangkan lagu kasih sayang
Hilangkan keraguan terangkan kegelapan
Apa yang ada di langit dan bumi
Adalah satu curahan cinta kita tak terperi
Aku hanya menumpang kasih melihat keindahan
Menjamah kebahagian
Dan berterima kasih atas kurnia
Yang tak terhingga
CERITERA SI TIKUS....
Melihat gelagat manusia...
Menyelusuri kehidupan...
Mensyukuri kurniaan alam..
Aku cuma tikus yang suka bercerita...



